Adakah Anda Perlu Surat Sokongan Kewangan?

Pernahkah anda hadapi sebarang masalah semasa membuat permohonan, terutamanya permohonan pinjaman kewangan?

Salah satu kemungkinan adalah kekurangan surat sokongan kewangan yang kukuh lagi.

Anda mungkin akan bertanya: apakah surat sokongan, dan bagaimanakah saya boleh sediakan surat sokongan yang kukuh ini?

Sebenarnya, surat sokongan kewangan adalah dokumen penting yang dapat membuktikan bahawa syarikat anda mempunyai kestabilan dan keupayaan kewangan yang tinggi. Biasanya dokumen ini perlu mendapat pengesyoran daripada pegawai yang berjawatan rasmi atau sesebuah organisasi berpengaruh, misalnya penghulu kampung, wakil rakyat peringkat negeri dan parlimen.

Surat sokongan lazimnya digunapakai di universiti dan kolej atau syarikat bagi memohon pinjaman daripada badan berkanun kerajaan seperti MIDF & KWSP untuk tujuan pembelajaran atau perniagaan.

Dokumen yang dihantar bersama surat sokongan ini biasanya terdiri daripada dokumen kewangan dari bank berlampirkan pengisytiharan harta benda yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah Kerajaan yang bertauliah.

Jadi, bilakah kita memerlukan surat sokongan kewangan? Sebenarnya, surat sokongan kewangan memainkan peranan penting untuk menaikkan peluang kita untuk memenangi sebut harga, bidaan / tender, negosiasi terus, kontraktor nominasi, usahasama antara kerajaan dan syarikat kerajaan, usahasama antara syarikat swasta pembekal dan pelanggan perseorangan serta syarikat swasta Main Board.

Di samping itu, surat sokongan kewangan juga dapat membantu mereka yang ingin memohon untuk menjadi Vendor Kerajaan, Sub-Kontraktor, Panel atau Rakan Niaga. Juga, dokumen ini penting apabila pengusaha SME ingin mendapat kredit daripada Pembekal / Pengeluar serta memohon lessen kerajaan seperti E-Perolehan, CIDB, PKK, dan sebagainya.

 

Contoh Surat Sokongan Kewangan

Salah satu contoh surat sokongan kewangan yang ditulis untuk tujuan permohonan tender adalah seperti yang berikut:

 

No. Rujukan   :

Tarikh              :

Kepada            : (Nama & Alamat Pemberi Tender)

 

Nama Pembida: (Nama Syarikat Pemohon)

 

Projek: (Nama Projek yang dimohon)

1) Berikut adalah kemudahan kredit yang dipertimbangkan dan kredit tambahan minimum yang layak didapat oleh (Nama Syarikat Pemohon).

 

Bentuk Kemudahan Kredit

 

Tambahan minimum yang akan diluluskan

Jumlah

 

2) Kenyataan tentang kedudukan kewangan akaun Petender:

(Syarikat Pemberi Surat Sokongan) akan membiayai (Nama Syarikat Pemohon) setinggi (Amaun Biayaan) seandainya kontrak ini diberi kepada (Nama Syarikat Pemohon)

Dengan ini, surat sokongan ini menjadi pernyataan di mana (Syarikat Pemberi Surat Sokongan) bersedia untuk memberi kemudahan kredit. Namun begitu, perlulah ditegaskan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan atau kerugian yang berlaku setelah surat ini digunakan

 

Tandatangan                                                                             Tarikh:

Nama Pegawai (dari Syarikat Pemberi Kemudahan Kredit)

Jawatan

Nama Syarikat (Syarikat Pemberi Kemudahan Kredit)

Sekian, terima kasih.

 

Secara keseluruhannya, surat sokongan kewangan sangat penting untuk membantu anda mendapat kelulusan permohonan. Jika anda memerlukan sebarang bantuan dalam penyediaan surat sokongan, SME Sentral juga dapat membekalkan servis yang berkenaan. Untuk sebarang maklumat terperinci, layarilah laman web: http://www.smesentral.com/